sukant6.ppc@smjk.edu.my on 22 Mar 2017 12:00 pm
Perlembagaan Kelab Sukan Tingkatan Enam
Perkara 1: Nama
Kelab ini dikenali sebagai Kelab Sukan Tingkatan Enam.
Perkara 2: Alamat
Alamat rasmi:
Kelab Sukan Tingkatan Enam
Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan Perempuan China Pulau Pinang
2, Jalan Gottlieb,
10350 Pulau Pinang.
Perkara 3: Objektif
1. Memberi peluang untuk semua pelajar tingkatan enam untuk berinteraksi.
2. Mencungkil bakat pelajar tingkatan enam dalam bidang sukan.
3. Meningkatkan daya saing pelajar dalam pasaran globalisasi ini.
Perkara 4: Keahlian
Semua pelajar tingkatan enam diwajibkan untuk menjadi ahli Kelab Sukan Tingkatan Enam.
Perkara 5: Pentadbiran
1. Ahli jawatankuasa baru akan dilantik beberapa hari selepas pendaftaran pelajar tingkatan enam baru.
2. Pelantikan ahli jawatankuasa baru akan ditetapkan oleh undian majoriti pelajar tingkatan enam semasa.
Perkara 6: Perkara lain
1. Perjumpaan kelab biasanya ditetapkan pada awal tahun berkenaan.
2. Perjumpaan-perjumpaan lain akan ditetapkan oleh guru penasihat dari semasa ke semasa.
3. Yuran sebanyak RM1 akan dikenakan mulai tahun 2018 bagi pelajar Tingkatan Enam 2017/2018.