Feed on Posts or Comments 30 September 2020

sukant6.ppc@smjk.edu.my on 22 Mar 2017 11:42 am

Skop Tugas dan Peranan AJK

Skop Tugas dan Peranan AJK Kelab Sukan Tingkatan Enam

Pengerusi

1. Pengerusi mewakili Kelab Sukan Tingkatan Enam dalam semua perkara.

2. Pengerusi akan mempengerusikan semua aktiviti umum.

3. Pengerusi akan mengagihkan tugas-tugas kepada AJK lain.

Naib Pengerusi

1. Naib pengerusi perlu membantu pengerusi dalam semua perkara.

2. Naib pengerusi akan mengambil tempat pengerusi semasa ketidakhadiran pengerusi atau sesuatu perkara yang mengenai skop tugas sendiri. Sebagai contoh, naib pengerusi media akan menjadi pengerusi kepada semua perkara yang mengenai media.

3. Naib pengerusi perlu merujuk dan mendapatkan persetujuan pengerusi sebelum membuat keputisan.

Setiausaha/ Naib Setiausaha

1. Setiausaha dan naib setiausaha bertanggungjawab merangka minit mesyuarat selepas satu perjumpaan.

2. Setiausaha dan naib setiausaha perlu menyediakan borang atau apa-apa dokumen yang diperlukan atau dikaitkan dengan sesuatu aktiviti.

3. Salah seorang setiausaha atau naib setiausaha perlu mengemaskinikan blog kelab.

Bendahari/ Naib Bendahari

1. Bendahari dan naib bendahari bertanggungjawab merangka akaun kelab dan menyimpan wang kelab jika ada.

2. Bendahari dan naib bendahari membantu AJK lain dalam aktiviti kelab.

Ketua Kebersihan

1. Ketua kebersihan bertanggungjawab memastikan kawasan projek hijau bersih dengan bantuan daripada semua ahli kelab.

2. Ketua kebersihan perlu mengagihkan tugas gotong-royong.

Ahli Jawatankuasa Kecil

1. Ahli jawatankuasa kecil akan menyediakan majalah tamat sekolah tingkatan enam.

Comments are closed.